fbpx

Ibu maut, dua anak cedera terlibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal jenis Yamaha LC yang dinaiki Norhelidayu Riffin, 34, dan dua anaknya rosak selepas terlibat dalam kemalangan di di Kilometer 3, Jalan Kampung Wakaf - Jeram Pasu, Pasir Puteh hari ini.

Oleh ROHANA MOHD. NAWI

PASIR PUTEH – Seorang suri rumah maut manakala dua anaknya cedera selepas mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Kilometer 3, Jalan Kampung Wakaf – Jeram Pasu hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.25 tengahari itu, Norhelidayu Riffin, 34, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anaknya Nor Alieya Suhada Mohd. Faizal, 13, cedera pada bahagian tengkuk dan adiknya Muhammad Fazwan,3, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Azmir Damiri berkata, seorang lagi penunggang motosikal, Ahmad Zamani Abdul Ghafar, 39, cedera pada bahagian dada.

Katanya, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha LC bersama dua anaknya menunggang motosikal sedang dalam perjalanan dari arah Jeram Pasu ke Kampung Wakaf.

Katanya, sewaktu tiba di lokasi kejadian, mangsa bertindak secara tiba- tiba mengubah haluan motosikal dari kanan ke kiri jalan.

“Ketika kejadian, sebuah lagi motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang Ahmad Zamani berada di belakang motosikal mangsa tidak sempat mengelak.

“Insiden itu menyebabkan motosikal lelaki itu terlanggar bahagian belakang sebelah kiri motosikal mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Azmir berkata, mangsa yang menunggang tanpa memakai topi keledar dan tiada lesen motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian dada.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk bedah siasat.

“Dua anak mangsa juga mendapat rawatan di hospital yang sama,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI