fbpx
Sepasang suami isteri warga emas maut apabila kereta dinaiki terbabas ke dalam longkang di KM 19, Jalan Kuala Pilаh - Simpang Pertang dekat Serting Tengah di Jempol, malam ini - Foto IHSAN POLIS

Pasangan warga emas maut kereta masuk longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Sepasang suami isteri warga emas maut apabila kereta dinaiki hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang di Kilometer (KM) 19, Jalan Kuala Pilаh – Simpang Pertang, dekat Serting Tengah, di sini malam ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, pemandu kereta Proton Saga iaitu lelaki berusia 75 tahun serta isterinya berusia 65 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu yang juga pesara tentera bersama isterinya dalam perjalanan dari arah Simpang Pertang menghala ke Kuala Pilah. Setiba di tempat kejadian, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan terbabas masuk ke dalam longkang.

“Mayat pasangan suami isteri berkenaan telah dihantar ke Hospital Jempol untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN