fbpx

Bau busuk bongkar rumah kongsi haram warga China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pencemaran air yang dikesan berlaku akibatkan penempatan haram pekerja asing kilang kitar semula di Bandar Mahkota, Kuala Langat.

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KUALA LANGAT – Bau busuk sejak tujuh bulan daripada sebuah kilang kitar semula membongkar rumah kongsi yang dibina secara haram di Bandar Mahkota, Sungai Manggis di sini, kelmarin.

Perkara terbongkar hasil serbuan pukul 4 petang oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang mendapati rumah itu dihuni pekerja asing warga China.

Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd. Rahim berkata, kilang tersebut belum beroperasi dan hanya terdapat pejabat sahaja.

Katanya, rumah kongsi itu dibina sejak tujuh bulan tanpa kelulusan MPKL.

“Hasil pemeriksaan selama lebih satu jam mendapati berlakunya pencemaran air di sungai berhampiran.

“Ia dipercayai limpahan air kumbahan tangki septik penempatan warga asing di kilang kitar semula tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau beberapa tindakan dikenakan hasil pemeriksaan bersama Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Imigresen Selangor, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor).

“Ini termasuk pengeluaran dua notis kesalahan mengikut Seksyen 70(13)(c) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian MDKL 2007,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Amirul menegaskan MPKL akan mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang membina struktur bangunan tanpa kebenaran bertulis daripada pihaknya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI