fbpx

Covid-19 bikin paddock Brno kelam kabut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMUA kakitangan pasukan yang terlibat perlu mengikut SOP yang ditetapkan pada setiap perlumbaan untuk mengelak penularan wabak Covid-19. – AFP

BRNO – Saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dikejutkan dengan berita kes pertama Covid-19 yang dikesan pada Grand Prix (GP) Republik Czech.

Lebih memeranjatkan kes itu membabitkan kakitangan Dorna Sports yang juga promoter bagi penganjuran perlumbaan berprestij itu.

Penganjur perlumbaan memberitahu, individu berkenaan diuji positif sebanyak dua kali dan semua kontak rapat telah dipanggil untuk menjalani proses kuarantin di sebuah hotel.

“Pihak berkuasa kesihatan tempatan sekarang akan memutuskan tempoh pengasingan diri yang harus mereka lakukan.

“Individu yang mempunyai kontak rapat akan dipanggil untuk menjalani ujian,” kata Dorna.

Selepas tiga perlumbaan, Dorna telah menjalankan ujian lebih 5,500 individu di paddock sebelum kehadiran mereka ke GP Sepanyol, Andalusia dan Republik Czech.

Dorna sebelum ini memberi amaran kepada setiap ahli dalam pasukan MotoGP supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bermula perlumbaan pembukaan di Sepanyol.

Langkah tersebut penting untuk mengekang penyebaran pandemik Covid-19 yang telah menjadi ancaman seluruh dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI