fbpx

Tong aiskrim warga asing disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguatkuasa MPKL merampas tong-tong aiskrim warga asing

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

KUALA LANGAT – Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menyita tong-tong aiskrim penjaja warga asing yang menjual di pantai Morib di sini semalam.

Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd. Rahim penyitaan itu susulan pihaknya tidak pernah memberikan lesen kepada warga asing untuk berniaga di daerah ini.

Katanya, mereka juga didapati sering menjual aiskrim dengan membawa masuk motosikal ke kawasan Pantai Morib.

“Ini boleh membahayakan pengunjung-pengunjung yang beriadah terutama pada waktu hujung minggu di sekitar pantai tersebut.

“Kita akan memastikan tiada penjaja atau peniaga warga asing menjalankan perniagaan di daerah ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, tindakan penyitaan itu dilakukan mengikut Undang-Undang Kecil ( UUK) 3 Penjaja Majlis Daerah Kuala Langat 2007. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI