fbpx

Bank Islam teliti pelanggan terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) telah mula menghubungi semua pelanggannya menerusi khidmat pesanan ringkas untuk penawaran bantuan pembayaran semula bersasar.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, pihaknya juga telah mengemaskini maklumat secara berkala di pelbagai platform komunikasi bagi memastikan mesej tepat dapat disampaikan dengan berkesan.

“Kami sedar Covid-19 mempunyai kesan berbeza terhadap orang ramai, dengan tempoh moratorium berakhir pada 30 September, bantuan tambahan ini bertujuan meringankan kekangan kewangan pelanggan dan menstabilkan aliran tunai mereka.

“Keadaan pelanggan terjejas akan diteliti seupaya kami dapat merangka pelan pembayaran balik yang sesuai untuk mereka,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Bank Islam menawarkan bantuan pembayaran bagi individu kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan kini tidak bekerja, yang mana mereka akan menerima lanjutan moratorium selama tiga bulan berakhir hujung tahun ini.

Bagi individu yang masih bekerja namun mengalami pengurangan pendapatan yang signifikan pula, mereka mendapat pengurangan ansuran bulanan bersesuaian dengan pengurangan gaji, tertakluk kepada jenis pembiayaan dengan fleksibiliti pembayaran selama enam bulan dari penghujung tempoh moratorium sekarang.

Pelanggan boleh mula memohon di cawangan Bank Islam seluruh negara bermula Jumaat ini

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI