fbpx

Lelaki ragut beg tangan warga emas dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek lelaki yang meragut beg tangan warga emas dalam kejadian di Jalan Tambatan, kelmarin berjaya ditahan pada pukul 1 pagi tadi oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kota Tinggi. Foto IHSAN POLIS

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Polis menahan seorang suspek lelaki yang meragut beg tangan warga emas dalam kejadian di Jalan Tambatan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi tadi oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Kota Tinggi.

Katanya, suspek yang merupakan seorang penganggur telah ditahan di Felda Sungai Pasak di sini.

“Ketika tangkapan dibuat, pihak polis telah merampas sebuah motosikal dan dua unit telefon bimbit.

“Semakan mendapati, suspek memiliki dua rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah. Saringan awal air kencing juga mendapati, lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussin berkata, suspek direman selama tujuh hari sehingga 1 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan dikenakan denda atau sebatan.

Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan tindakan seorang lelaki yang meragut warga emas tidak berbaloi apabila dia bukan sahaja terlibat kemalangan, malah hanya mendapat hasil ragut RM20.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi semasa mangsa seorang wanita berusia 68 tahun itu dalam perjalanan ke hospital bagi tujuan mendapatkan rawatan.

Kes berkenaan juga tular di media sosial selepas netizen memuat naik rakaman video yang memaparkan kejadian ragut tersebut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI