fbpx
Keadaan kerosakan pancang bendera di DUN Chembong dan DUN Palong.

Bendera PH dibakar, pancang dirosakkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mendakwa menerima beberapa laporan berkaitan perbuatan khianat terhadap bahan kempen pilihan raya di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak semalam.

Menurut kenyataan Sekretariat Pusat Media Pilihan Raya Negeri Sembilan (PRN) ke-16 PH hari ini, insiden itu membabitkan pembakaran bendera di DUN Palong malam semalam serta kerosakan pancang bendera di DUN Chembong yang dikesan pagi ini.

“PH berhak mengambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan jika terbukti bahan kempen pilihan raya seperti poster, bendera atau sepanduk dikhianati, dirosakkan atau diturunkan oleh pihak lawan.

“Tindakan khianat terhadap bahan kempen merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang,” menurut kenyataan itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN