fbpx
Gambar hiasan

PRN N. Sembilan: Dua kertas siasatan dibuka kes khianat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan membuka dua kertas siasatan berkaitan kesalahan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan setakat semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kedua-dua siasatan itu dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan membabitkan kes khianat sehingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda, susulan dua laporan polis yang diterima pada 19 Julai.

“Situasi keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang proses PRN Negeri Sembilan Ke-16 berada pada tahap baik serta terkawal. Secara keseluruhan bagi tempoh 18 hingga 19 Julai lalu, sebanyak 109 permohonan permit bagi penganjuran ceramah dan aktiviti kempen politik diterima dan 107 daripadanya diluluskan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN