fbpx
Raja Ema kini lebih tenang menjalani kehidupan di Melaka selain bergiat aktif dalam bidang seni teater.

‘Terkejar sana sini, shooting sampai pagi saya dah tak nak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Pelakon dan penyanyi veteran, Raja Ema kini lebih tenang menjalani kehidupan di Melaka selain bergiat aktif dalam bidang seni teater.

Menurut Raja Ema atau nama lengkapnya Raja Ema Raja Ibrahim , 57, dia tidak lagi mahu hidup terkejar-kejar seperti dulu ketika masih aktif sebagai pelakon drama.

“Saya memang dah tak nak ‘rushing’ macam dulu-dulu. Terkejar sana, terkejar sini, ‘shooting’ sampai pagi. Memang saya tak nak.

“Walaupun ada tawaran yang datang tetapi kebanyakannya saya tolak. Kadang-kadang rasa kasihan juga. Tetapi sebab jauh. Kalau sehari dua okey lagi.

“Tambahan pula anak saya pernah sakit. Jadi agak sukar ketika itu untuk saya tinggalkan dia. Kalau dekat saya buat. Macam Keluarga Iskandar sebab mereka jalani penggambaran di Seremban.

“Sebenarnya saya menetap di Melaka pun gara-gara terperangkap ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) waktu Covid-19 dulu. Saya sewa rumah di sini untuk buat bisnes acar. Kemudian tuan rumah nak jual kepada saya. Saya rasa macam seronok pula tinggal di sini,” katanya ketika ditemui pada sidang media teater muzikal Qais Dan Laila, di sini, baru-baru ini.

Biarpun tidak lagi aktif sebagai pelakon drama, tetapi Ema bersyukur dia kini banyak terima tawaran berlakon teater di negeri Melaka.

“Saya ni jarang berlakon teater. Tetapi di Melaka ni banyak pula tawaran yang datang. Walaupun saya duduk di Melaka ni diam-diam sahaja. Tak pernah terfikir pun nak berlakon teater.

“Back-to-back juga tawaran teater yang datang. Sebelum ini Tuah Dan Teja, selepas ni Qais Dan Laila dan selepas itu ada sebuah lagi teater,” kongsinya.

Bercerita lanjut mengenai pembabitannya dalam teater Qais Dan Laila, kata Ema, wataknya agak berat dan bermain dengan emosi.

“Berlakon teater dengan drama agak lain. Bila berlakon teater kita kena guna tubuh badan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kena menggunakan otak juga sebab nak ingat dialog.

“Watak saya sebagai ibu kepada Qais. Watak ini agak berat juga kerana anaknya berperang dengan perasaan,” jelasnya.

Selain Raja Ema, teater yang dianjurkan oleh Pertubuhan Teater Negeri Melaka (Pertem) dengan sokongan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Melaka (JKKN Melaka) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) itu turut menampilkan Syahir Syafein, Isyariana, Datuk Jalaludin Hassan, Ashraf Muslim dan Rashid Din.

Teater berkenaan akan berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka pada 24 Julai 2026. Tiket boleh dibeli di laman rasmi Ticket2u. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN