fbpx
Sidang media Showcase Jiwa Rasa Nizam Laksamana & Kawan-Kawan (5.0) di Asam Pedas London, Selayang. / M. FIRDAUS M. JOHARI

Mata dia dah bengkak, kanser mula merebak – Nizam Laksamana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS dua tahun vakum daripada sebarang penganjuran program berhibur sambil beramal, penyanyi rock era 1990-an, Nizam Laksamana bakal mengadakan semula showcase Jiwa Rasa Nizam Laksamana & Kawan-Kawan 5.0 pada 3 Oktober depan.

Keputusan untuk kembali aktif dalam kerja-kerja kebajikan didorong rasa empati yang mendalam terhadap penderitaan pesakit kanser.

Difahamkan, isteri Nizam sendiri, Salwati Zulkifli, 50, menghidap kanser payudara. Namun, kini berada dalam keadaan baik. 

Bagaimanapun, emosi ahli keluarga penyanyi itu sekali lagi diuji apabila seorang ahli keluarga mereka yang masih kecil pula disahkan menghidap penyakit sama, baru-baru ini.

“Baru-baru ini, kami diuji apabila cucu saudara kami disahkan menghidap kanser yang memberi kesan pada bahagian mata.

“Bayangkan, budak itu masih kecil, baru pandai bergurau, duduk dan memanggil-manggil. Tetapi matanya sudah bengkak disebabkan ketumbuhan dan kanser itu kini sudah merebak.

“Sesiapa pun akan tersentuh hati melihatnya. Itu yang membuatkan kami terkesan,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini. 

Kebajikan

Mengulas mengenai penglibatannya dalam aktiviti kemasyarakatan, pelakon dan penyanyi lagu Gugurnya Bunga Cinta itu menyatakan bahawa dia tidak lagi mengejar populariti, sebaliknya lebih mengutamakan impak positif yang boleh ditinggalkan kepada masyarakat.

Antara barisan pemuzik yang bakal terlibat dalam showcase amal, Jiwa Rasa Nizam Laksamana & Kawan-Kawan 5.0 pada 3 Oktober depan.

“Sebab itu saya lebih rela lakukan kerja-kerja (kebajikan) ini. Biarlah tidak glamor atau susah sekalipun, asalkan ada sumbangan yang boleh diberikan.

“Saya mahu masyarakat luar nampak artis lama seperti kami bukan sekadar tahu menyanyi lagu rock sahaja sehingga ke tua, tetapi sebenarnya ada perkara bermanfaat yang kami usahakan juga,” katanya lagi.

Pada masa sama, dia berharap penyanyi lain dapat melakukan program amal untuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Saya harap artis-artis hebat dan kaya boleh buat benda macam ini dalam skala besar,” ujarnya. 

Bercakap mengenai showcase Jiwa Rasa, Nizam meletakkan sasaran jualan meja yang lebih terkawal demi keselesaan pengunjung yang hadir memberi sokongan. 

“Sasaran kutipan atau pun sumbangan adalah bergantung kepada jualan meja. Saya menyasarkan jualan kali ini sebanyak 60 meja. 

“Tapi atas kekangan, kita tak nak nampak sesak macam sebelum ini. Bukan menidakkan rezeki tapi bila terlampau ramai pun kita takut padat. 

“Daripada situlah kita akan sasar sumbangan kepada penerima-penerima daripada artis yang dalam kesusahan,” ujarnya lagi.

Showcase tersebut bakal berlangsung pada 3 Oktober depan di Noah Grand Ballroom Melawati, KL. 

Beberapa rakan artis yang akan menghiburkan pengunjung seperti Zamani Slam, Tam Spider, Hazama, Haiza, Azmani dan UNIC. 

Penjualan tiket program amal terbabit sudah mula dijual dalam platform Ticket2U. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN