LOS ANGELES – Masa depan Gianni Infantino selaku Presiden Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kini semakin kelam ekoran beberapa isu yang menghimpitnya sepanjang Piala Dunia kali ini.
Keputusan badan induk itu menangguhkan hukuman kepada bintang Amerika Syarikat, Folarin Balogun dan penggantungan dua perlawanan kepada pertahanan England, Jarell Quansah dilihat fsaktor utama yang meletakkan kedudukan Infantino dalam bahaya.
Ia dilabel sebagai skandal besar FIFA dan terbaharu, legenda England, Gary Lineker melemparkan kritikan terhadap badan induk berkenaan sekali gus menyaksikan Infantino yang mula menjawat jawatan berkenaan sejak 2016 berdepan tekanan hebat.
“Saya rasa kedudukkannya di FIFA tidak lagi mampu untuk dipertahankan,” kata Lineker.
Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump membuat panggilan kepada Infantino bagi menilai semula kad merah Balogun sebelum FIFA buat keputusan menangguhkan hukuman satu perlawanan terhadap pemain berkenaan.
Seorang lagi bekas penyerang England, Alan Shearer menjelaskan impak kepada semua yang berlaku akan berbalik semula kepada badan induk bola sepak dunia itu.
“Bagaimana Quansah dikenakan (penggantungan) dua perlawanan, sebaliknya hukuman gantung satu perlawanan kepada Balogun ditangguhkan. Ia jelas sekali satu skandal yang agak teruk,” katanya. – AGENSI















