fbpx
Mohd. Firuz ketika ditemui pemberita di Hospital Banting. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

Tikam pelajar: Maafkan itu bergantung keadaan – Bapa mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Bapa pelajar perempuan yang menjadi mangsa tikaman sehingga 16 kali di sebuah sekolah menengah di Banting di sini, bersedia bertemu dengan keluarga suspek berhubung kes berkenaan.

Mohd. Firuz Ibrahim, 43, berkata, bagaimanapun sehingga kini dia masih belum menerima sebarang panggilan daripada keluarga pelajar tersebut.

Namun katanya, kesudiannya bagi menerima permohonan maaf adalah bergantung kepada keadaan semasa.

“Setakat ini saya belum menerima panggilan daripada keluarga suspek.

“Kalau ada keluarga suspek menghubungi dan memohon maaf, itu payah hendak cerita kerana kena tengok keadaan,” katanya ketika ditemui di Hospital Banting di sini, hari ini.

Menurutnya, keadaan anaknya yang mengalami kecederaan akibat insiden berkenaan amat menyentuh perasaannya sebagai seorang bapa.

“Memang sedih sangat. Kalau luka sikit pun sudah sakit, ini pula luka akibat tikaman begitu. Memang sedih melihat keadaan anak.

“Namun benda sudah berlaku, kita kena terima dengan reda,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun cedera selepas dipercayai ditikam sebanyak 16 kali menggunakan pisau oleh rakan sekolahnya di kantin sekolah ketika waktu rehat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk paru-paru dan kini menerima rawatan di hospital.

Suspek yang berusia 15 tahun kini direman selama empat hari sehingga Jumaat ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN