fbpx
Caption: ANGGOTA penyelamat dan kakitangan keselamatan berada di lokasi nahas pesawat ringan di Tomblaine, timur Perancis semalam. - AFP

11 penerjun udara terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Seramai 11 orang disahkan terkorban selepas pesawat ringan membawa kumpulan penerjun udara  terhempas di bandar Tomblaine, timur Perancis, lapor agensi penyiaran BBC.

Menurut pihak berkuasa tempatan, mangsa yang maut terdiri daripada juruterbang dan 10 penumpang, termasuk lima jurulatih dan lima individu yang dijadualkan melakukan terjunan udara buat kali pertama.

Pesawat milik sebuah sekolah latihan penerjun udara  itu dilaporkan baru berlepas dari Lapangan Terbang Nancy-Essey sebelum tiba-tiba hilang kawalan dan terhempas sekitar pukul 11:00 pagi (waktu tempatan).

Menteri Dalam Negeri Perancis, Laurent Nunez berkata, Pejabat Pendakwa Raya Paris telah melancarkan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar insiden tragis itu. 

Menurutnya, beberapa ahli keluarga mangsa menyaksikan kemalangan berlaku ketika mereka  berkumpul di lapangan terbang untuk menonton terjunan pertama mangsa.

Nunez berkata terdapat “emosi yang sangat pilu” ketika beliau melawat lokasi nahas, serta “solidariti yang tinggi” dizahirkan buat keluarga mangsa. 

Tambahnya, pasukan sokongan perubatan dan psikologi telah tiba untuk menjaga kebajikan ahli waris mangsa dan saksi-saksi lain.

Dalam pada itu, pegawai wilayah Meurthe-et-Moselle, Yves Seguy, mendedahkan bahawa pesawat berkenaan jatuh dalam keadaan hampir menegak dan terhempas di pinggir lapangan terbang.

“Kedudukan impak hanya beberapa meter sahaja daripada kawasan perumahan dan sebuah pusat beli-belah. 

“Jika  tersasar sedikit, kemalangan ini pasti akan mengorbankan penduduk setempat,” katanya kepada penyiar Perancis, BFM. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN