fbpx
Gambar Hiasan

Hati-hati ribut petir dijangka landa 11 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan 11 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijangka berlarutan sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya serta beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

Menurut kenyataan itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa daerah termasuk Langkawi, Kuala Muda, Kinta, Gua Musang, Besut, Cameron Highlands, Gombak, Petaling dan Sepang.

“Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam,” katanya.

MetMalaysia turut menjelaskan amaran tersebut merupakan amaran jangka pendek yang sah bagi tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran dan orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada serta mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN