fbpx
Anwar dan Anthony ketika menaiki LRT3 berkenaan. FOTO: Saddam Yusoff

Lima stesen baharu LRT3 siap 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Sebanyak lima stesen baharu bagi Laluan Rel Transit Ringan 3 (LRT3) disahkan akan dibina bermula hujung tahun ini dalam usaha memperkukuh jaringan pengangkutan awam di Lembah Klang Barat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini melibatkan stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik yang akan melengkapkan ekosistem mobiliti laluan Shah Alam.

“Lima stesen tersebut merupakan stesen tambahan yang telah diluluskan. Pembinaan dijangka mengambil masa empat tahun,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, LRT 3 Laluan Shah dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan perkhidmatan sepanjang 37.8 kilometer itu dinikmati secara percuma selama sebulan bermula esok hingga 31 Julai depan.

Sebagai pelengkap, perkhidmatan bas pengantara turut disediakan secara percuma bagi memudahkan pergerakan pengguna ke stesen-stesen utama laluan berkenaan.

Menurut Anthony, pihaknya menjangkakan kira-kira 60,000 pengguna akan memanfaatkan perkhidmatan itu setiap hari dengan sokongan 22 tren tiga gerabak yang telah disediakan.

Katanya, kekerapan tren ketika waktu puncak kini adalah sekitar 7.5 minit dan akan dipertingkat dari semasa ke semasa berdasarkan permintaan serta tahap penggunaan.

“Mana-mana projek seumpama ini mengambil masa untuk mencapai tahap kecekapan optimum. Ini berdasarkan pengalaman kita dengan MRT Kajang dan Putrajaya yang memerlukan tempoh tiga hingga lima tahun untuk meningkatkan kadar penggunaan.

“Kita akan terus memantau dan menambah baik termasuk memendekkan kekerapan tren dengan penambahan set tren pada masa akan datang,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Anthony berkata, pas perjalanan tanpa had My50 akan diperluaskan ke LRT3 Laluan Shah Alam bermula 1 Ogos selepas tempoh perjalanan percuma itu berakhir.

“Maksudnya kalau dia dah beli My50, semua laluan dia boleh pakai. Jadi tambahan satu lagi laluan yang boleh digunakan melalui My50,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN