fbpx
Rusdi (kanan).

‘Tandatangan’ borang pengebumian disyaki palsu disiasat – JSJK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman membuka kertas siasatan berhubung borang permohonan pengebumian yang disyaki palsu dalam insiden di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang baru-baru ini.

Pengarahnya, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima laporan tersebut dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Setakat ini, kita sedang siasat kes tandatangan yang disyaki palsu pada dokumen berkenaan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang lelaki mendakwa jenazah anaknya terbiar hampir sejam di tanah perkuburan Islam selepas berlaku pertikaian berhubung caj pengurusan jenazah sebanyak RM1,400 yang didakwa dikenakan oleh sebuah badan khidmat pengurusan jenazah.

Sehubungan itu, siak sebuah masjid tampil memberikan penjelasan dengan mendakwa telah berlaku salah faham dalam urusan tersebut.

Menurutnya, pengurusan jenazah yang sepatutnya dilakukan oleh pihak masjid telah diambil alih oleh BKS pada saat akhir.

Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Selangor turut menafikan masjid itu menuntut bayaran RM1,400 daripada waris bagi pengurusan jenazah berkenaan.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad dilaporkan berkata, waris di peringkat awal berurusan dengan BKS yang tiada kaitan dengan pihak masjid dan bapa arwah hanya menemui pembantu pengurus masjid bagi mendapatkan Borang Permohonan Pengebumian Jenazah Islam dan bersetuju pihak masjid mengambil alih.

Pihak masjid telah mengeluarkan borang itu selepas menerima daftar kematian asal dan dimaklumkan bahawa datuk si mati berkeras mahu jenazah diuruskan BKS.

Bagaimanapun, pihak masjid mendapati borang permohonan pengebumian dikemukakan waris kepada pengurusan kubur adalah palsu dan satu laporan polis telah dibuat semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN