fbpx
Gambar hiasan.

Calon SPM ditahan disyaki ‘sentuh’ rakan perempuan sebaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seorang remaja berusia 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan dakwaan melakukan amang seksual terhadap rakan perempuannya, di daerah ini.

Suspek yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan berikutan aduan dibuat mangsa yang juga berusia 17 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Rozaime Ab. Rahim berkata, siasatan awal mendapati suspek dan mangsa yang masing-masing pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di daerah ini mengenali antara satu sama lain.

“Remaja lelaki tersebut telah ditahan tidak lama kemudian bagi membantu siasatan. Kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya di sini, semalam.

Mohd. Rozaime menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memantau pergerskan serta penggunaan media sosial anak-anak mereka.

Beliau berkata, pemantauan lebih tegas dan berterusan mampu mengelak anak-anak mereka daripada pengaruh buruk dan pergaulan bebas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN