KLANG – Orang ramai boleh menikmati perjalanan percuma menaiki Laluan Rel Transit Ringan 3 (LRT3) Shah Alam selama sebulan bermula 6 pagi esok.
Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan LRT3 Laluan Shah Alam di Depoh Johan Setia, di sini, hari ini.
Menurut beliau, kerajaan bersetuju menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan LRT3 Laluan Shah Alam termasuk bas perantara bermula 29 Jun hingga 31 Julai ini.
“Untuk 29 Jun hingga 31 Julai, tambang perkhidmatan laluan Shah Alam dan basa perantara akan diberikan secara percuma selama satu bulan,” katanya.
Projek Laluan Shah Alam yang melibatkan pelaburan sebanyak RM16.63 bilion merupakan antara pelaburan strategik kerajaan dalam memperkukuh infrastruktur pengangkutan awam negara.
Ia akan mempunyai 20 stesen daripada Johan Setia hingga Bandar Utama dengan laluan sepanjang 37.8 kilometer – KOSMO! ONLINE














