fbpx
Fadhlina ketika bersama pelajar membaca surah al-Mulk semalam.

Fadhlina terjah sekolah di Segamat, pelajar minta doa kejayaan dalam ujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek melakukan lawatan mengejut ke Sekolah Menengah Sains Segamat (SESS) selepas menerima makluman terdapat sebahagian pelajar kurang sihat.

Beliau yang kebetulan berada di sekitar Segamat berkata, kehadirannya mengejutkan para pelajar yang sedang menikmati minum malam sebelum meluangkan masa beramah mesra dan mendengar pelbagai luahan mereka.

Menurutnya, antara permintaan pelajar ialah doa untuk kejayaan dalam pertandingan STEM, kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), istiqamah membaca al-Quran serta hasrat supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadir merasmikan sekolah berkenaan.

“Begitulah tingginya kasih sayang, hormat dan budi bahasa anak-anak ini. Saya juga meluangkan masa meninjau asrama putera dan puteri bagi memastikan aspek keselamatan serta kebersihan berada pada tahap baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fadhlina berkata, beliau turut menyertai pelajar membaca Surah Al-Mulk sebelum waktu tidur dan menyifatkan suasana itu sebagai detik yang menyentuh hati.

Beliau merakamkan penghargaan kepada pentadbir serta guru SESS atas usaha membentuk sahsiah pelajar, selain mendoakan sekolah berkenaan terus mencipta kecemerlangan dan menjadi inspirasi kepada sekolah lain di Johor.

Dalam masa sama, beliau turut memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka berada dalam keadaan baik dan sentiasa mendapat perhatian pihak sekolah.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN