KUALA NERUS – Sebuah gerai durian di Kampung Bukit Tunggal di sini menjadi tumpuan ramai sejak seminggu lalu apabila mereka melakukan promosi jualan RM1 sebiji untuk pelbagai jenis raja buah tersebut. Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati bekalan lebih satu tan durian yang dijual pada harga antara RM1 dan RM2 sebiji habis licin dibeli pengguna dalam tempoh kurang lima minit hampir setiap hari. Peniaga, Muhammad Izhar Ibrahim, 27, berkata, durian yang ditawarkan pada harga semurah RM1 itu meliputi pelbagai jenis seperti musang……














