fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga pukul 7 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 7 malam ini.

Lima negeri tersebut melibatkan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh), Terengganu (Kuala Nerus dan Kuala Terengganu) dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

“Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dikeluarkan di Sarawak melibatkan Kuching, Serian (Serian), Samarahan dan Betong serta Sabah iaitu di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud),” menurut hantaran MetMalaysia hari ini.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN