fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir landa Pahang, Sabah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Pahang, Sarawak dan Sabah hingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Pahang, kawasan yang dijangka terlibat adalah Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin.

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Kuching (Bau dan Lundu), Miri (Marudi) dan Limbang di Sarawak,” katanya hari ini.

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasanPantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN