BUKAN mudah untuk anak seni dari Asia Tenggara menembusi industri kreatif antarabangsa. Kekangan budaya, persaingan yang terlampau sengit dan cabaran industri sering kali menjadi penghalang besar yang mematikan impian ramai anak muda di negara asing. Bagaimanapun, kisah inspirasi komposer dan penggubah muzik, Joy Ngiaw membuktikan sebaliknya. Jati diri yang kuat dan usaha tanpa henti mampu menepis segala kekangan itu, sekali gus membuktikan bakat Malaysia kelahiran Kampung Kemayan, Bera, Pahang ini juga mampu berdiri sama tinggi di pentas dunia. Di sebalik……














