PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Johor dan Sarawak hingga pukul 3 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Johor, kawasan yang dijangka terlibat adalah Kluang dan Kota Tinggi.
“Hujan lebat turut diramal berlaku di Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis),” katanya.
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ON














