fbpx
Salah sebuah bot pelancong yang ditahan APMM di perairan Kuala Terengganu semalam.

Beroperasi tanpa lesen, APMM tahan dua bot padat pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Gara-gara beroperasi tanpa lesen, dua bot pelancong yang kedua-duanya membawa keseluruhan 48 penumpang ditahan Maritim Malaysia (APMM) pada kelmarin.

Kedua-dua bot ditahan pada kedudukan antara 51.12 dan 51.49 kilometer dari perairan Kuala Terengganu dekat sini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, pada mulanya, pemeriksaan mendapati kesemua penumpang kedua-dua bot tersebut memakai jaket keselamatan ditetapkan.

“Begitupun, pemeriksaan lanjut dua bot terbabit beroperasi tanpa lesen sah, manakala nakhodanya juga tidak mempunyai perakuan kekompetenan.

“Tindakan sita kedua-dua bot terus diambil sebelum ditunda ke Jeti Pejabat Maritim Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Hamiludin berkata, kes sedang disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Beliau berkata, APMM akan mengetatkan pemantauan pematuhan undang-undang maritim di sekitar perairan Terengganu terutama pada musim cuti persekolahan ini.

“Saya mengingatkan semua pengusaha bog pelancong agar mematuhi syarat lesen operasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN