fbpx
Mohd. Khairi (duduk, dua dari kanan) menunjukkan hebahan RXZ Members 8.0 selepas mengadakan mesyuarat persiapan dengan penganjur program itu di IPK Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

Tiada ‘pukat’ tetapi PDRM tetap pantau peserta RXZ Members ‘nakal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu memberi jaminan tiada operasi ‘pukat’ atau sekatan jalan raya (SJR) akan dijalankan sepanjang penganjuran program RXZ Members 8.0 berlangsung pada 31 Julai hingga 1 Ogos ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, secara dasarnya, kehadiran penunggang motosikal Yahama RXZ dari seluruh negara yang dijangka lebih 100,000 ke negeri ini dialu-alukan.

Bagaimanapun beliau menegaskan, tindakan perundangan tegas tetap diambil terhadap mana-mana peserta program perhimpunan motor terbesar itu yang melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang trafik

“Yang pasti tiada ‘pukat’. Kita mengalu-alukan mereka semua datang ke Terengganu tetapi dalam masa sama mereka perlu mematuhi peraturan jalan raya.

“Tiada keistimewaan atau pengecualian. Kalau melakukan kesalahan, kita akan ambil tindakan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Khairi berkata, seramai 619 pegawai dan anggota polis akan digerakkan sepanjang penganjuran program tersebut bagi memastikan kelancaran lalu lintas serta ketenteraman awam.

Beliau berkata, anggota polis turut ditempatkan di beberapa lokasi strategik termasuk Jalan Pantai Seberang Takir dan Jalan Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus bagi menghalang segelintir peserta ‘nakal’ daripada melakukan aksi berbahaya seperti ‘wheelie’.

“Kehadiran anggota di lokasi-lokasi ini sebagai langkah pencegahan kerana segelintir mungkin mengambil kesempatan menunggang secara berbahaya berikutan jalan lurus,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN