fbpx
Siti Nur Wahida ketika dibawa untuk pertuduhan di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Sambut usia 23 tahun dengan didakwa bunuh bayi sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Dua hari selepas menyambut ulang tahun kelahiran ke-23, seorang jurujual pasar raya wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi perempuan yang baharu dilahirkannya.

Tertuduh, Siti Nur Wahida Zainudin, 23, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mastura Khamis.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan susulan kes bunuh dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah membunuh bayi perempuan yang dilahirkannya dalam sebuah unit pangsapuri di Subang Jaya antara pukul 5 pagi hingga 5.30 petang pada 7 Julai lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebat tidak kurang 12 kali sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Akhilah Rosmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan sebarang jaminan dan sebutan semula kes pada 23 Oktober depan.

Terdahulu, seorang wanita yang merupakan kakak kepada tertuduh yang turut hadir pada prosiding itu didapati menangis dan memohon kepada pengamal media agar tidak memaparkan wajah adiknya.

Rayuan itu juga dibuat disebabkan ibu bapanya di kampung sedang sakit dan tidak mengetahui berhubung pertuduhan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN