fbpx
LUKA bakal memperkuatkan skuad B-19 negara pada kempen Piala ASEAN yang bermula esok. - FB FAM

Luka enggan tumpang populariti bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMAIN kacukan baharu negara, Luka Jordy Hodak enggan sekadar menumpang populariti bapanya sebaliknya mahu buktikan mampu cipta nama sendiri pada kempen Piala ASEAN Bawah 19 (B-19) 2026 yang bermula esok.

Sebagai rekod, Luka yang beraksi di posisi tengah merupakan anak kepada bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Bojak Hodak telah dipanggil menyertai kem kebangsaan buat kali pertama.

Luka yang memiliki darah kacukan Croatia-Malaysia mengakui proses menyesuaikan diri bukan sesuatu yang mudah tetapi cuba untuk berikan yang terbaik pada kejohanan nanti.

“Saya datang dari Croatia dan perlu menyesuaikan diri dengan budaya yang berbeza dan saya juga keracunan makanan ketika berada di Indonesia sebelum terbang ke sini.

“Namun, selepas beberapa hari melakukan kem latihan bersama pasukan, saya mula menyesuaikan diri dan gembira kerana diberi peluang berada dalam senarai 23 pemain (ke Piala ASEAN B-19),” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Sementara itu, Luka juga mahu membuktikan kepada bapanya bahawa keputusan untuk memilih kerjaya sebagai pemain bola sepak professional adalah pilihan tepat.

“Dia sentiasa mahu saya menjadi peguam atau doktor. Tetapi, sejak kecil saya memang cintakan bola sepak. Saya suka bermain bola dan ilmu yang bapa ada banyak membantu perkembangan saya sebagai pemain,” katanya.

Skuad B-19 kendalian Nafuzi Zain telah berlepas ke Medan, Indonesia untuk mengharungi Piala ASEAN B-19 2026 selepas diundi dalam Kumpulan B Bersama Thailand, Singapura dan Brunei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN