fbpx
Keadaan sebuah treler yang terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 90, Jalan Gua Musang–Lojing dekat Gua Musang semalam. Foto POLIS

Pemandu terselamat, treler menggelongsor masuk gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang pemandu treler cemas apabila kenderaan yang dipandu bergerak sebelum menggelongsor ke dalam gaung sewaktu berhenti untuk membuat pemeriksaan brek di Kilometer 90, Jalan Gua Musang–Lojing di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, lelaki berusia 30 tahun tidak mengalami kecederaan kerana berada di luar kenderaan berat tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Gua Musang menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 10 pagi menerusi  panggilan yang diterima anggota Pondok Polis Lojing.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika treler itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang, Selangor menuju ke Lojing di sini.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, pemandu menyedari kenderaannya mengalami masalah brek lalu memberhentikan treler di bahu jalan untuk melakukan pemeriksaan.

“Ketika pemeriksaan dijalankan, treler itu secara tiba-tiba bergerak sendiri dan menggelongsor ke hadapan sebelum merempuh tembok lalu terjatuh ke dalam gaung,” katanya.

Choon Foo berkata, tiada kecederaan dilaporkan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN