fbpx
Kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Alor Setar, Kedah. Foto KREDIT MEDIA SOSIAL

Jalan sesak ‘sabar ya gais’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kesesakan lalu lintas di lebuh raya utama sempena cuti Hari Raya Aidiladha bukan sahaja menguji kesabaran pengguna jalan raya, malah mencetuskan pelbagai gelagat dan perkongsian menarik di media sosial.

Menerusi beberapa hantaran tular di Threads, pengguna media sosial berkongsi keadaan trafik semasa sambil berseloroh dengan mereka yang turut terperangkap dalam perjalanan pulang ke kampung.

Seorang pengguna, Ffhrhni, memuat naik gambar keadaan trafik sesak dari arah selatan menuju ke Kuala Lumpur dengan kapsyen ringkas, namun mencuit hati.

“Dari arah selatan nak ke KL… Sabar ya gais (semua),” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, Ns_sabarina, turut berkongsi gambar aliran trafik menghala ke Alor Setar sambil mengajak pengguna lain yang mungkin berada dalam kesesakan sama untuk bertegur sapa.

“Menghala ke Alor Setar. Kot-kot ada dalam ni. Say (kata) hai kat (kepada) kami,” katanya.

Menariknya, ruangan komen hantaran tersebut terdapat pengguna yang menyahut pelawaan itu dengan sekadar menulis ‘Hai’ menunjukkan kehadiran mereka dalam kesesakan itu.

Rata-rata netizen dilihat mengambil pendekatan santai dan menjadikan kesesakan lalu lintas sebagai ruang berinteraksi sesama pengguna media sosial, sekali gus menceriakan perjalanan yang mengambil masa lebih panjang daripada kebiasaan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Aliran trafik di beberapa lokasi di Lebuh Raya Utara-Selatan dilaporkan bergerak perlahan setakat pukul 11.22 pagi tadi susulan pertambahan jumlah kenderaan sempena cuti Hari Raya Aidiladha, diikuti cuti persekolahan dan hujung minggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN