fbpx
PENYANYI Ariz Lufias didakwa menjalani rawatan klinikal memutihkan kulitnya sehingga kelihatan separti bintang Korea Selatan.

Jahat mulut cakap Ariz Lufias putih ‘cucuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAMA penyanyi Ariz Lufias tiba-tiba menjadi bualan selepas tampil mempertahankan diri daripada pelbagai dakwaan berhubung warna kulitnya.

Diva pada mulanya pun hairan, sudah habiskah isu dalam dunia hiburan sampai warna kulit orang pun mahu dijadikan modal?

Rupa-rupanya pemilik nama Saiful Ridzuan Abdul Hamid itu mengakui sering menerima komen mendakwa dirinya melakukan rawatan pemutihan kulit bagi mendapatkan tona lebih cerah.

“Dalam siaran langsung, saya selalu nampak komen seolah-olah saya ubah warna kulit. Ada yang tanya sama ada saya buat rawatan pemutihan kulit atau suntikan pencerahan. Jawapannya, tidak. Saya memang ada keturunan Cina,” jelasnya.

Begitulah ragam netizen. Kulit cerah dituduh buat suntikan, gelap pula dihina tidak menarik. Apa sahaja dibuat tetap tidak kena di mata mereka.

Diva rasa, kalau warna kulit pun mahu diperdebatkan, memang benarlah dunia sekarang sudah semakin ‘gila’.

Buat Ariz, jangan ambil hati sangat. Orang bercakap lima minit, kita pula jangan simpan sampai lima tahun.

DIVA: Sudah tahu ‘bimbo’, tapi masih mahu urus kerjaya anak. Aduhai, susah juga kalau semua benda hendak dikawal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN