PUTERA tunggal Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad membuatkan ramai terhibur baru-baru ini apabila meminta tidak dibandingkan dirinya dengan sepupunya, Bilal yang merupakan anak kepada Neelofa dengan Haris Ismail.
Perkara tersebut mula tercetus apabila Nabila memintanya menunaikan solat di masjid seperti dilakukan Bilal.
Paling lucu, dia berkata, menunaikan solat di rumah lebih baik selain enggan disamakan dengan Bilal kerana dibesarkan ibu bapa yang digelar sebagai ustaz dan ustazah.
“Baby solat di rumah lagi bagus. Biarlah Bilal, jangan bezakan, ibu bapa dia, ustazah dengan ustaz.
“Ibu bapa saya, bukan ustaz, orang biasa saja (ibu bapanya).
“Sudah tertinggal jauh baby. Nak buat macam mana, tak payah pergi masjid, solat di rumah lagi bagus,” katanya kepada Noor Nabila.
Video gelagat Jebat itu meraih hampir empat juta tontonan dalam TikTok dan rata-rata netizen menyifatkannya sebagai kanak-kanak yang menghiburkan.
“Rasa macam dengar Sharnaaz yang sedang bercakap, kelakarlah Jebat.
“Bagus betul pemikiran Jebat jangan bandingkannya dengan kanak-kanak lain.
“Rasa macam gurauan tapi macam teguran untuk orang tua, padulah Jebat!” komen netizen.






