fbpx
Gambar yang dimuat naik oleh Dz Dzul di laman Facebook berhubung kesesakan di Cameron Highlands.

Pergi Cameron Highlands masa cuti panjang memang cari pasal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pelancong meluahkan rasa kesal selepas dipercayai terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk ketika bercuti di Cameron Highlands sempena cuti panjang.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Dz Dzul, dia berkongsi gambar keadaan jalan raya yang dipenuhi kenderaan.

“Tah la, kesal menyesal sesal menyesali semua ada,” katanya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dengan kebanyakan netizen mengakui kesesakan lalu lintas di pusat peranginan terkenal itu sudah menjadi perkara biasa setiap kali musim cuti sekolah atau cuti umum.

Seorang pengguna, Abe Hachiroku berkata, dia sememangnya mengelak untuk bercuti ke Cameron Highlands ketika cuti panjang kerana tidak mahu menghabiskan masa di atas jalan.

“Kalau saya, bercuti di Cameron waktu cuti panjang memang tak pernah ada dalam diari hidup,” katanya.

Mohdnazuddin Nazuddin pula berpendapat pelancong lebih sesuai berkunjung ke Cameron Highlands pada hari biasa bagi mengelakkan tekanan akibat kesesakan trafik.

“Pergi hari biasa sahaja. Buang masa kalau pergi waktu cuti panjang,” ujarnya.

Bagaimanapun, ada netizen yang beranggapan kesesakan di Cameron Highlands masih boleh dinikmati kerana suasana sejuk dan pemandangan alam semula jadi yang menenangkan.

“Jem di Cameron Highlands berbeza dengan tempat lain. Buka tingkap, masuk angin sejuk, tengok hutan menghijau, rasa tenang sahaja,” kata Zuraihan Nordin.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, DelightfulGiraffe2725 berkata, kesesakan yang berlaku bukan sahaja memberi kesan kepada pelancong, malah turut menyukarkan kehidupan harian penduduk setempat.

“Orang yang duduk Cameron ini pun susah nak pergi kerja. Tak semestinya kena duduk rumah sahaja,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN