fbpx
Gambar dan tangkap layar video CCTV yang dikongsi di aplikasi Threads.

[VIDEO] Warga emas dicekup, curi makanan kucing dan bihun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang warga emas mencuri barangan keperluan dengan menyasarkan kedai serbaneka akhirnya membawa padah apabila dia berjaya dicekup.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai @Arif_ayob berkata, sudah berminggu lelaki berkenaan mencuri di kedai serbaneka.

“Berhati-hati semua dengan pencuri ini, dapat kenal pasti mencuri semua area 99 Speedmart.

“Berminggu-minggu pencuri ini masuk kedai ambil barang! Umur pencuri 63 tahun tapi nampak muda, pakaian seluar cargo (jadi) tempat pencuri sorok barangan, rambut topeng,” tulisnya.

Menerusi hantaran itu juga, individu berkenaan turut berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kegiatan warga emas tersebut.

Turut dikongsi beberapa barangan yang telah dicuri termasuklah bihun dan makanan kucing serta gambar kenderaan dinaiki lelaki itu iaitu jenis Perodua Aruz.

Bagaimanapun, individu tersebut tidak menyatakan lokasi lelaki berkenaan dicekup dan bila klip video terbabit dirakam.

Menjengah ke ruangan komen, ada pengguna mendakwa lelaki terbabit adalah warga asing dan mereka turut mempersoalkan mengapa lelaki berkenaan mencuri makanan kucing.

Malah, tidak kurang juga mengaitkan kenderaan yang digunakan pencuri tersebut kerana dia bukan dari golongan susah. -KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN