fbpx
TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Majistret di Temerloh di sini hari ini.

Pemandu ambulans didakwa bunuh kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Seorang pemandu ambulans swasta didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dikatakan anak kepada teman wanitanya.

Tertuduh Muhammad Iqbal Fitri Mazlan, 29, yang memakai baju lokap polis kelihatan tenang dan memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret terAnis Adlina Abu Johan.

Bagaimanapun tiada pengakuan bersalah direkodkan kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan pada pukul 9 pagi, 11 Mei lalu di sebuah rumah di Taman Seberang Temerloh tertuduh telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Mohamad Hayder Abdul Mukmin,2.

Pertuduhan terhadap Muhammad Iqbal Fitri dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan jika dijatuhkan hukuman mati hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Adriana Azrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret menetapkan 1 September depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu tarikh izin untuk dibawa ke Mahkamah Tinggi.

Sementara itu menurut fakta kes seorang kanak-kanak lelaki telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh pada 13 Mei lalu dan pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam di seluruh badan dan dahi serta mangsa tidak sedarkan diri.

Berdasarkan siasatan awal polis, semasa ibu mangsa berada di dapur rumah, dia telah dimaklumkan oleh rakannya bahawa anak lelakinya tidak sedarkan diri di dalam bilik tidur.

Berdasarkan pemeriksaan terdapat kesan lebam di seluruh badan dan dahi mangsa yang turut disahkan mengalami pendarahan dalam otak.

Mangsa kemudiannya ditidurkan dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mei lalu sebelum kedua-dua suspek ditahan pada 20 Mei lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN