fbpx
Dua penunggang motosikal itu berpegangan tangan semasa menunggu lampu isyarat. - TikTok

2 penunggang motosikal bermesraan tunggu lampu hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sejumlah penumpang sebuah bas di Indonesia terhibur  melihat dua penunggang motosikal bermesraan semasa menunggu di lampu isyarat bertukar hijau, lapor laman  berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di Yogyakarta, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal jenama Vario, manakala kekasihnya menunggang motosikal jenama Scoopy.

Situasi di dalam bas bertukar huru-hara apabila penumpang melihat mereka berpegangan tangan sambil ketawa semasa menunggu lampu isyarat.

Ada beberapa penumpang menjerit, seolah-olah terpegun dengan aksi mesra dua penunggang motosikal tersebut.

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Kecoh satu bas!” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN