fbpx
Gambar hiasan

Guru Kafa ‘sentuh’ dua murid dipenjara 8 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Perbuatan serakah seorang guru kelas al-Quran dan fardu ain (Kafa) melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid perempuan di sebuah sekolah rendah di daerah ini pada tiga tahun lalu berbalas apabila dia dihukum penjara lapan tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd. Muslim Mohd. Suhimin, 46, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kes tersebut.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Mohd. Muslim didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di dalam kelas di sebuah sekolah rendah di daerah ini pada pukul 3 petang, 15 November 2023.

Tertuduh turut didakwa atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan lain yang ketika kejadian berusia antara lapan dan sembilan tahun.

Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd. Muslim didakwa melakukan amang seksual fizikal terhad mangsa berusia lapan tahun tujuh bulan di kelas sekolah sama pada bulan Julai 2022.

Tertuduh juga didakwa melakukan perbuatan sama di lokasi sama pada bulan Ogos 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 bagi kesemua pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN