fbpx
Mohd. Hisamudin (lima kiri) bersama kek untuk diagihkan kepada warga pendidik di Putrajaya sempena sambutan Hari Guru di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Terus tradisi agih kek sempena Hari Guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya meneruskan tradisi menyantuni warga pendidik sempena Hari Guru apabila mengagihkan 29 biji kek kepada semua sekolah di sekitar pusat pentadbiran kerajaan di sini hari ini.

Ketua Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya, Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya berkata, program yang memasuki tahun keempat itu dijalankan sebagai simbol penghargaan kepada semua guru yang berkhidmat mendidik anak bangsa.

“Kami telah menghantar 29 biji kek ke semua sekolah di Putrajaya sebagai simbol bahawa kami menghargai jasa guru-guru di Putrajaya,” katanya ketika ditemui selepas mengagihkan kek berkenaan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1), di sini hari ini.

Katanya, penghargaan ini bukan hanya tertumpu ketika sambutan Hari Guru semata-mata, sebaliknya pelbagai program pendidikan turut dirancang sepanjang tahun.

Mohd. Hisamudin berkata, antara program lain dirancang tahun ini ialah Program Menggilap Bintang, Program Kecemerlangan dan Hari Restu Ilmu bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Bukan sempena Hari Guru sahaja untuk mengingati guru-guru atau membantu pembelajaran di sekolah-sekolah. Kami turut merancang beberapa program lain,” katanya.

Katanya, Program Menggilap Bintang memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah manakala program kecemerlangan pula disasarkan kepada pelajar berpotensi memperoleh keputusan cemerlang.

Jelasnya lagi, pihaknya juga sentiasa membantu pihak sekolah dan pelajar dari keluarga asnaf yang memerlukan sejak beliau mengambil alih biro berkenaan empat tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN