fbpx
Gambar hiasan

‘Rumah nama saya, baru kita kahwin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkongsian seorang lelaki di platform Threads mengenai syarat perkahwinan yang diletakkan oleh tunangnya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Lelaki tersebut memaklumkan wanita pilihannya itu menetapkan syarat supaya membeli sebuah rumah atas namanya terlebih dahulu sebelum mereka melangsungkan perkahwinan.

Dalam hantarannya itu turut memberitahu, tunangnya meletakkan syarat tersebut bertujuan mahu melihat kesungguhan pasangannya dalam membina masa depan bersama.

“Rumah nama saya, baru kita kahwin. Saya bagi masa dua tahun. Itu syarat tunang aku. Aku sampai terdiam. Kereta masih belum selesai bayar, aku rancang untuk kami tinggal rumah sewa dulu, selesai bayar kereta enam tahun lagi baru cari rumah.

“Aku perlu ada simpanan kecemasan, persiapan nak beli rumah. Tapi kenapa dia uji aku macam ini ya, dan kenapa juga semua ini diberitahu selepas kami tunang,” luahnya.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Ada yang menyokong pendirian wanita itu dan beranggapan syarat tersebut munasabah sebagai bentuk perlindungan kewangan buat seorang isteri.

“Zaman sekarang semua mahal. Kalau lelaki betul-betul serius, dia akan usahakan,” tulis @Nlmxx.

Namun, tidak kurang juga yang mengkritik tindakan berkenaan dan menyifatkan syarat tersebut seperti meletakkan nilai material sebagai ukuran utama kesungguhan pasangan.

“Komitmen perkahwinan bukan sekadar beli rumah. Banyak lagi tanggungjawab lain selepas kahwin. Tak salah mulakan perkahwinan dengan menyewa. Ini bukan sahaja minta rumah baru, siap minta aset percuma. Anda merancang untuk kahwin, bukan sudah kahwin. Dapat geran, dia tinggalkan kau bro,” komen Syakir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN