fbpx
Saat para pemenang bersedia meraikan kejayaan di podium Moto3, Gatell yang merupakan Pengurus Pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi dilihat segera mengalihkan botol arak yang diletakkan di posisi Hakim Danish.

Tak perlu ikut orang, mereka hormat kita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Dalam dunia ini, kita sering percaya mengikut arus yang sama dengan orang lain menjadikan kita lebih diterima, sedangkan hakikatnya orang lain melihat kita ‘istimewa’ dengan acuan sendiri.

Jika kita tulus dengan pegangan kita, mereka pasti boleh memahami, menghormati dan menerima cara kita.

Dalam konteks budaya minum arak seputar kehidupan masyarakat luar dan aspek pelancongan misalnya, kita mungkin merasakan ia perlu ada sebagai penarik mereka kepada kita, sedangkan mereka boleh sahaja tanpanya, bahkan mungkin sebenarnya mendambakan lari daripadanya.

Penulis menyimpulkan hal ini selepas tertarik dengan perkongsian tular seorang wanita ekspatriat dari Poland yang berterima kasih dengan budaya Malaysia kerana telah mengubah dirinya menjadi bebas alkohol selain momen ‘membuka mata’ kala pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli menjuarai perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) apabila pengurus pasukannya sendiri mengalihkan botol arak di posisinya.

Kejayaan Hakim Danish menjuarai perlumbaan Moto3 GP Czech di Litar Brno baru-baru ini bukan saja menjadi detik manis sukan permotoran negara tetapi turut mencuri perhatian kerana satu tindakan penuh hormat daripada pengurus pasukannya, Jordi Gatell.

Saat para pemenang bersedia meraikan kejayaan di podium Moto3, Gatell yang merupakan Pengurus Pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi dilihat segera mengalihkan botol arak yang diletakkan di posisi Hakim Danish.

Tindakan itu dibuat sebelum majlis penyampaian trofi bermula bagi memastikan tiada botol minuman beralkohol berada di tempat pelumba Muslim dari Malaysia itu berdiri.

Biarpun penggunaan champagne antara tradisi biasa dalam sambutan podium sukan permotoran dunia, Gatell jelas memahami sensitiviti agama dan prinsip yang dianuti Hakim Danish.

Sementara itu, wanita Poland dengan nama Marta Rabiega mencuri perhatian ramai dengan perkongsiannya di Threads menerusi akaunnya marta.rabiega.

“Saya dibesarkan di Poland dengan alkohol menjadi cukup normalisasi. Anda mahu raikan sesuatu? Minum. Anda tertekan? Minum. Anda sakit? Minum. Cuaca sejuk? Minum. Cuaca panas? Minum. Pagi Ahad?

Minum? Petang Isnin? Minum. Makan malam keluarga? Minum. Temu janji malam? Minum.

Ia menjadi suatu yang normal. Alkohol sudah sebahagian ritma kehidupan.

“Kemudian saya berhijrah ke Malaysia di mana saya menemui sesuatu yang amat berbeza. Di sini alkohol bukan sebahagian kehidupan. Anda tidak boleh melihatnya di semua tempat.

“Kini sudah enam bulan saya bebas alkohol! Sejujurnya saya merasakan suatu anjakan besar. Minda saya lebih jelas, lebih fokus, tidur lebih baik, kurang keradangan dan lebih tenang terhadap diri sendiri. Saya juga merasakan tenaga saya lebih stabil.”

“Terima kasih Malaysia.”

Dalam dua kes ini, Gatell memahami dan menghormati, manakala Marta bahkan menerima pakai dan memilih untuk beradaptasi budaya kita. Ternyata dengan menjadi diri atau kelompok yang mengamalkan budaya sendiri ada magnet tersendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN