fbpx
SEKUMPULAN wanita melihat sepasang kekasih menjalani hukuman rotan di Banda Aceh hari ini. – AFP

Gara-gara bercium dalam video TikTok, pasangan kekasih dirotan 21 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Pihak berkuasa  Aceh merotan  secara terbuka  sepasang kekasih  hari ini,  seperti yang disaksikan wartawan AFP, selepas mereka  bercium dalam rakaman  video yang dimuat naik  di media sosial.

Lelaki dan wanita  yang umur mereka tidak didedahkan itu masing-masing menerima 21 sebatan rotan di sebuah taman awam di ibu kota wilayah Aceh, Banda Aceh.

Berpuluh-puluh orang  menyaksikan hukuman rotan itu, dengan segelintir daripada mereka meminta pegawai yang melaksanakan hukuman supaya ‘mengenakan sebatan dengan lebih kuat’, demikian  menurut pemerhatian wartawan AFP.

Pasangan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa selepas mereka dilihat bercium semasa siaran langsung di aplikasi video TikTok. Insiden itu mengundang siasatan sehingga membawa kepada hukuman mereka, kata ketua polis syariah Banda Aceh,  Muhammad Rizal, kepada pemberita hari ini.

Mereka jelas melanggar syariat Islam,” kata Rizal  sambil menambah, ini kali pertama di wilayah Aceh di mana orang ramai dihukum kerana melanggar undang-undang syariah melalui media sosial.

Tindakan kemesraan fizikal seperti bercium, berpelukan atau bersentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram  adalah dilarang di Aceh, satu-satunya wilayah di Indonesia yang menguatkuasakan versi undang-undang Islam. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN