fbpx
OYARZABAL mempamerkan aksi cukup baik apabila meledak dua gol ketika membantu Sepanyol menewaskan Austria. – AFP

Piala Dunia 2026: Aksi Sepanyol belum sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

INGLEWOOD – Pe­ngendali Sepanyol, Luis de la Fuente mengi­ngatkan anak-anak buahnya agar tidak terlalu cepat berpuas hati meskipun melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas Austria awal pagi semalam untuk mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026.

Menurut De la Fuente, persem­bahan cemerlang dipamerkan La Roja belum menggambarkan kemampuan sebenar pasukan itu kerana masih banyak aspek yang boleh diperbaiki menjelang aksi lebih mencabar selepas ini.

“Saya mempunyai banyak sebab untuk bergembira hari ini (semalam). Pertama kerana kemenangan dan kami menang dengan cukup meyakinkan selain mempamerkan aksi yang sangat hebat.

“Bagaimanapun, masih ada ruang untuk diperbaiki. Mungkin anda fikir ini adalah aksi terbaik kami, tetapi pasukan ini masih belum mencapai kemampuan sebenar. Masih banyak yang perlu dilakukan,” katanya.

Beliau menjelaskan, kejayaan Sepanyol tidak dibina melalui satu perlawanan semata-mata, sebaliknya hasil pembangunan berterusan yang kini mula menampakkan hasil.

“Persembahan ini perlu menjadi asas kepada apa yang akan datang. Kami akan terus meningkatkan prestasi dan melakukan segala-galanya dengan lebih baik. Kami masih belum berpuas hati kerana mahu pergi lebih jauh,” jelasnya.

Jurulatih berusia 65 tahun itu turut mengingatkan pemain supaya tidak terbuai dengan pujian selepas Austria langsung tidak dapat melakukan sebarang percubaan tepat ke arah pintu gol Sepanyol sepanjang perlawanan.

De la Fuente dalam masa sama memuji aksi pertahanan kiri, Marc Cucurella yang mencipta dua bantuan gol buat Mikel Oyarzabal sambil menyifatkan pemain itu sebagai tonggak yang amat bernilai menjelang pusi­ngan seterusnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN