fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik di Instagram oleh Haroqs.

Haroqs hanyutkan coklat buat anak-anak Gaza ke laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gara-gara pergerakan Misi Konvoi Darat Global Sumud (GSF) menuju ke Gaza terpaksa dihentikan sementara, Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs mengambil inisiatif untuk menghanyutkan bekalan coklat yang dibawanya ke dalam laut.

Haroqs menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, dia dilihat berada di atas sebuah bot di tengah laut sambil memegang sebungkus plastik besar yang dipenuhi coklat.

“Inilah coklat yang saya bawa untuk anak-anak Gaza tapi…,” katanya.

Haroqs terpaksa melontar coklat-coklat tersebut ke dalam laut dengan harapan akan sampai ke tangan anak-anak kecil di Gaza.

“Semoga coklat-coklat ini sampai ke anak-anak Gaza,” ujarnya.

Tindakan tersebut dilihat sebagai satu bentuk solidariti dan simbol keazaman bahawa bantuan serta harapan akan sentiasa mencari jalan untuk tiba di Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN