IPOH – Seorang wanita, P. Shena, 21 tahun dipercayai hanyut dalam kejadian kepala air di kawasan Air Terjun Puncak Jelapang, Meru Raya di sini kira-kira pukul 5.14 petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, dua lelaki dewasa dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an lain diselamatkan bomba dan berjaya menyelamat diri masing-masing.
“Kini operasi tertumpu kepada mencari dan menyelamat mangsa seorang wanita yang telah dihanyutkan oleh arus deras. Operasi melibatkan kekuatan sembilan orang anggota dengan tiga jentera,” katanya di sini hari ini.
Hujan lebat di sekitar Ipoh petang tadi dengan angin kencang kerana Monsun Timur Laut (MTL) sekarang.-KOSMO! ONLINE














