KIM SWEE

Kim Swee sambut positif kehadiran pencabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), Datuk Ong Kim Swee tidak pernah menganggap kehadiran dua pencabar sebagai ancaman dalam usaha mempertahankan kerusi nombor satu persatuan itu.

Sebaliknya, Kim Swee menyifatkan keputusan Azlan Johar dan Datuk Richard Nelson Scully untuk turut bertanding sebagai perkembangan positif yang menunjukkan PJBM semakin mendapat perhatian dalam kalangan penggiat bola sepak tempatan.

Menurutnya, beliau sebelum ini menerima permintaan daripada beberapa pihak supaya terus menerajui PJBM sekurang-kurangnya untuk satu penggal lagi.

“Apabila ada yang mahu bertanding, ia agak bagus kerana orang mula sedar tentang PJBM dan saya melihat perkara ini dalam bentuk yang positif.

“Kita adalah negara demokrasi, siapa saja boleh bertanding. Satu persaingan yang sihat, jadi buat masa sekarang biarlah pengundi yang buat keputusan,” katanya.

Pemilihan PJBM yang berlangsung Sabtu ini menyaksikan persaingan sengit bagi beberapa jawatan utama, kecuali kerusi Timbalan Presiden yang tidak dipertandingkan.

Dua calon tunggal, Razip Ismail dan Mohd Asri Ninggal masing-masing akan mengisi dua jawatan Timbalan Presiden yang ditawarkan.

Bagi jawatan Naib Presiden, tujuh calon akan bersaing merebut empat kerusi manakala 16 calon pula akan merebut lapan slot Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) lelaki.

Sementara itu, dua kerusi Exco wanita turut menyaksikan persaingan apabila enam calon mengemukakan pencalonan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN