PFLNG TIGA direka dengan kapasiti pengeluaran sebanyak dua juta tan setahun.

Petronas bangun kemudahan LNG terapung berhampiran pantai pertama di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Petronas memperkukuh kedudukannya sebagai pembekal gas asli cecair (LNG) global menerusi pembangunan kemudahan LNG terapung ketiga, PFLNG TIGA, yang merupakan kemudahan LNG terapung berhampiran pantai pertama di dunia.

Kemudahan itu menandakan satu lagi pencapaian penting dalam inovasi teknologi LNG, sekali gus memperluas keupayaan syarikat minyak dan gas negara itu membangunkan sumber gas dalam pelbagai persekitaran operasi.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Gas dan Maritim Petronas, Datuk Adif Zulkifli berkata, PFLNG TIGA melengkapkan keupayaan Kumpulan membangunkan kemudahan LNG terapung merangkumi kawasan air cetek, laut dalam dan kini berhampiran pantai, serta meningkatkan fleksibiliti operasi serta daya tahan bekalan tenaga global.

Katanya, PFLNG TIGA dijadualkan ditempatkan di Sipitang, Sabah dan dijangka memulakan operasi pada suku ketiga 2027.

“Ketika permintaan terhadap tenaga yang selamat dan boleh dipercayai terus meningkat, PFLNG TIGA memperkukuh komitmen kami untuk membekalkan LNG secara konsisten kepada kediaman, perniagaan dan industri di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kemudahan itu direka dengan kapasiti pengeluaran sebanyak dua juta tan setahun (MTPA), berukuran 281 meter panjang, 64 meter lebar dan 32 meter dalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN