IPOH – Kementerian Pendidikan (KPM) komited memastikan kebajikan guru terus terpelihara dengan memberi keutamaan kepada aspek pertukaran pasangan guru jarak jauh atau ‘duka lara’.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, daripada keseluruhan pertukaran yang diluluskan setakat ini, 80 peratus permohonan pertukaran diterima adalah membabitkan pasangan jarak jauh.
“Selain membabitkan pasangan jarak jauh, ia juga melibatkan faktor kesihatan serta isu keselamatan yang turut diberi pertimbangan kementerian,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 di Hotel Kinta Riverfront, di sini hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai isu kekosongan jawatan guru besar dan pengetua, beliau berkata, KPM berjaya menyelesaikan kekosongan membabitkan kira-kira 50 jawatan berkenaan. – KOSMO! ONLINE














