fbpx
Gambar hiasan.

503 kes aduan keganasan rumah tangga di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kes aduan keganasan rumah tangga di Selangor menunjukkan peningkatan dengan jumlah keseluruhan 503 kes direkodkan dalam tempoh tiga tahun bermula 2023 hingga tahun lalu.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata, berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 160 kes direkodkan pada 2023, diikuti 168 kes pada 2024 dan meningkat kepada 175 kes pada tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 445 wanita menjadi mangsa, manakala 58 lelaki turut terlibat sebagai mangsa keganasan rumah tangga dalam tempoh berkenaan.

“Kerajaan negeri sentiasa mempergiat usaha advokasi dan kesedaran terutama bagi menggalakkan mangsa untuk tampil membuat laporan serta mendapatkan bantuan sewajarnya,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Pua Pei Ling (PH – Bukit Lanjan) berhubung isu keganasan rumah tangga di Selangor.

Dalam pada itu, Anfaal menjelaskan setakat ini tiada data anggaran jumlah kes keganasan rumah tangga yang tidak dilaporkan dapat direkodkan oleh pihak berkuasa.

“Laporan yang diterima JKM ini bukan menggambarkan jumlah sebenar kes keganasan rumah tangga yang berlaku dengan izin under reporting (kurang laporan) dalam sekitar 30 peratus, ada lagi jumlah kes yang tidak dilaporkan.

“Advokasi harus dilakukan supaya mangsa ini tampil melakukan laporan dan memohon bantuan dan nasihat guaman, kaunselor dan mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga tidak bercadang membina rumah perlindungan sendiri buat masa ini, sebaliknya meneruskan pemberian geran kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpengalaman melindungi mangsa sejak 2021.

Langkah itu, jelasnya, bagi memastikan sokongan kepada mangsa dapat disalurkan secara lebih berkesan melalui kepakaran sedia ada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN