fbpx
Anthony Loke dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Khas DAP Negeri Sembilan di Seremban hari ini.

Anthony Loke pertahan DUN Chennah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook mengesahkan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, keputusan itu dibuat dengan sokongan penuh Jawatankuasa pusat dan Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan, selain mengambil tanggungjawab untuk terus mengetuai jentera kempen parti bagi menghadapi pilihan raya yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

“Saya telah membuat keputusan untuk terus bertanding dalam PRN Negeri Sembilan kali ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan di Seremban hari ini. 

Menurut Anthony Loke, walaupun PRN Negeri Sembilan kali ini diadakan lebih awal daripada jangkaan, DAP Negeri Sembilan sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pertandingan dan membantu Pakatan Harapan (PH) mendapatkan semula mandat rakyat.

Beliau berkata, misi DAP bukan sahaja mempertahankan 11 kerusi yang disandang parti itu, malah memastikan PH memperoleh kemenangan yang kukuh bagi membentuk kerajaan negeri yang stabil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN